Sebagai kanak - kanak
pandangannya adalah berbeza daripada pandanganku
Aku memandang tembok itu
sebagai sempadan yang memisahkan
sini dan sana
Peraturan biasa yang mesti dipatuhi
Namun baginya
dari sudut pandangannya
tembok itu adalah penghadang besar yang menghalangnya
daripada melihat ke sebelah sana
Dia memandang penuh minat
keinginannya kuat untuk melihat apa yang ada di sebelah sana
terlalu kuat hinggakan terasa
tembok itu akan dapat dipanjatnya
dalam hatinya hanya ada
aku mampu jika berpeluang
tapi bagiku
sebelah sana tiada kaitan denganku
ia kawasan yang bukan jajahanku
p/s : Eya pernah berada di sebelah tembok besar semasa kecil & setelah dewasa. Cara eya memandang tembok itu sangat berbeza dulu & kini. Eya terkejut. Sedangkan pantai lagi berubah, ini pula manusia..
Tuesday, 28 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
dia pandang lain diri senri pandang lain..
keinginan waktu kecil dan jgak dewasa jga ada hadnya
@ sikiut lavender
eya..xprasan kdg2 p memang ada perbezaan
woww terbaik.
hm hati manusia siapa yg tahu melainkan Allah :)
Very nice... smile to all...!
Drain Camera
pndangan berbeza bg umur yg berbeza ^__^
setiap sesuatu ada fasa2nya ^^
tentulah..
proses pembelanjaran dlm hidup. hihi
Post a Comment